Bagaimana saya peroleh gred DG48 dalam hanya 11 tahun perkhidmatan saya sebagai seorang guru...

Laluan kenaikan pangkat untuk seorang guru tidak sama sebagai mana perjawatan-perjawatan biasa penjawat awam. Dek kerana mempunyai antara paling ramai bilangan sumber manusia di dalamnya, Kementerian Pendidikan mempunyai laluan yang unik untuk guru-guru mencapai impian masing-masing.Seperti yang semua maklum, kenaikan gred di dalam Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan konsep 'time-based' di mana guru-guru hanya perlu menunggu tempoh masa yang telah ditetapkan untuk berubah ke gred yang lebih tinggi.Namun begitu, KPM menyediakan laluan pantas untuk guru-guru berubah gred. Keistimewaan ini jarang diambil berat oleh kebanyakan guru. Ada yang beranggapan ianya akan menambah lagi tanggungjawab dan tidak ada masa untuk perkara berkenaan. Oleh yang demikian, laluan ini diambil peluang sepenuhnya oleh guru-guru yang berasakan diri mereka layak dengan apa yang telah dicurahkan selama ini sepanjang perkhidmatan mereka.

Itulah yang dilakukan oleh seorang guru yang selama ini amat terkenal di laman sosial melalui laman blognya, cikguhailmi.com. Tekad dan pengorbanannya selama ini membuahkan hasil.Jika diperhatikan secara teknikalnya, untuk seorang guru berubah gred daripada DG41 ke DG48 mengambil masa hampir 16 tahun. Namun begitu, Cikgu Hailmi berjaya memendekkanya hampir lima tahun. Dalam entri blog terbarunya yang juga mendapat 'recognition' daripada Menteri Pendidikan sendiri, beliau telah menceritakan bagaimana perjalanan perubahan grednya itu.Cikgu Hailmi menyahut cabaran setiap peringkat gred dengan mencalonkan dirinya sebagai Guru Cemerlang. Beliau berjaya memendekkan tempoh DG41nya dengan hanya 6 tahun, dan kemudian ketika berada pada tahun keempat di gred DG44, beliau sekali lagi mencalonkan dirinya untuk Guru Cemerlang DG48.Nasib menyebelahi beliau, berkat sokongan daripada pentadbir, beliau memperoleh kejayaan tersebut dalam masa hanya 11 tahun. Menurut beliau, kalau mengikut time based, beliau hanya akan memperolehi gred DG48 pada tahun 2023.Bagaimana ianya terjadi? Adakah ia semudah ABC?Tidak, untuk melakukannya, seseorang itu perlu lakukan yang diluar norma sebagai seorang guru biasa. Banyak produk daripada Cikgu Hailmi ini menjadi sumber rujukan di dalam laman-laman sosial. Beliau juga terlibat dalam penulisan-penulisan ilmiah dalam kajian tindakan yang dilakukan. Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang beliau telah lakukan, layari sahaja laman blog beliau di cikguhailmi.com.

Nasihat beliau untuk guru-guru di luar sana:

1. Gunakan setiap RUANG DAN PELUANG untuk menimba pengalaman dan mencari kekuatan diri sebagai pendidik. Kurangkan beri alasan, tetapi proaktif mencari jalan.

2. FOKUS dengan perkara yang boleh memberi impak tinggi pada hala tuju dalam kerjaya kita sebagai pendidik. Bukannya buat semua benda, tapi tiada apa-apa untuk kemajuan diri bagi jangka masa panjang. Jangan sampai burnt out!

3. Jangan gopoh dan kalut dalam merancang PERSIAPAN anda menuju GC. Just be free and easy! Mohon GC bukannya seperti, buat hari ini, esok dah boleh mohon. Ianya perancangan dan persiapan untuk tempoh 3 tahun, sekurang-kurangnya.

 4. Perlu adanya GOOD MENTOR yang boleh menghalakan anda ke jalan yang benar, dan tuntut ilmu sampai habis. Jangan separuh jalan. Buruk padahnya nanti kalau jadi anak murid yang derhaka.

 5. Ingat, anda belum cukup BERJAYA jika anda tidak selesa dengan kejayaan orang lain. Bila tengok orang berjaya, jangan dengki lah senang ceritanya. Sentiasa redho, dan percaya bahawa setiap orang ada rezeki masing-masing. Kita juga!Sumber: Cikguhailmi.com