Sambutan Hari Guru bertukar pilu

NAIZURA Mohamed meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika persembahanpenutup majlis sambutan Hari Guru.

 

WhatsApp

Share

 

GURU wanita meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari, mangsa, Naizura Mohamed, 42, dikatakan menyertai persembahan pentas bersama murid sekolah dan rebah.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong sebelum disahkan meninggal dunia.

Guru Besar sekolah berkenaan, Zulhadi Mahamad berkata, persembahan pentas yang disertai mangsa adalah persembahan penutup majlis sambutan hari guru.

"Sebelum acara bermula mangsa kelihatan letih dan rakan guru memberi nasihat kepadanya supaya berehat di bilik guru atau pulang ke rumah.

"Namun, selepas makan tengah hari, dia meneruskan persembahan penutup bersama murid kelasnya sebelum rebah dan rakan guru memberi bantuan penafasan (CPR)," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

Mangsa mengajar Bahasa Melayu dan berkhidmat di sekolah itu sejak 2005.