Guru Mengadu SAPS Bermasalah. 

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan satu laman dimana guru memasukkan markah murid untuk diproses. SAPS ini sangat membantu guru dalam memproses data tanpa perlu membuat pengiraan.

SAPS juga memudahkan keputusan peperiksaan dan ujian mudah di pantau oleh pihak KPM, JPN, PPD, Sekolah dan ibu bapa. Ibu bapa dapat menyemak keputusan anak mereka di SAPS. Ini kehebatan laman web ini dalam membantu warga pendidik dan ibu bapa.

Isu Yang Timbul

Markah Tidak Disimpan

Masalah ini timbul apabila guru mengisi markah di SAPS, apabila disemak kembali markah itu tidak disimpan. Beberapa kali cuba tetap sama. Guru penat untuk mengulangi mengisi markah sedangkan markah tidak disimpan.

Persoalannya kenapa ianya berlaku?

Kalau dikatakan masalah ini berlaku pada semua guru, tidak pula ianya begitu. Namun kalau semuanya berjaya melakukan pengisian markah dengan berjaya pun tidak juga. Jadi kenapa ianya berlaku kepada sesetengah guru sahaja. Adakah ianya kes terpencil? Atau adakah ianya berkaitan dengan masalah komputer guru tersebut? Atau pun adakah ianya masalah hubungan internet komputer yang digunakan oleh guru tersebut?

Ada pelbagai kemungkinan disini. Jadi apa kata kita senaraikan kemungkinan yang menyebabkan hal ini berlaku bagi memudahkan pihak bertanggungjawap untuk menyiasat perkara ini lebih mendalam lagi.

Kemungkinan Punca Masalah Pengisian Markah SAPS

Sistem atau server yang kecil dan berat menyebabkan tidak mampu menanmpung input yang besar pada masa-masa tertentu seperti waktu puncak sekarang dimana semua guru berebut-rebut mengisi markah peperiksaan sebelum bermulanya cuti sekolah. Masalah jaringan internet yang lemah terutama dikawasan yang mengalami masalah gangguan hubungan internet. Selain itu, ianya mungkin juga disebabkan oleh had penggunaan internet yang terhad bagi guru-guru di pedalaman dan Sabah Sarawak. Ya, seperti sekolah admin dahulu yang tiada rangkaian telefon dan internet di sekolah sangat-sangat limited sekejap ada sekejap tiada. Kalau ada pun ianya sangat perlahan. Masalah komputer guru sendiri. Ya mungkin sahaja ianya berlaku sebab itu dikatakan ianya mungkin kerana isu terpencil. Mungkin sahaja komputer yang digunakan adalah jenis lama yang berat dan perlahan menyebabkan proses penyimpanan markah ada masalah. Mungkin sahaja bukan?

Masalah lain? Cuba kongsikan kepada kami.

Masalah Import Murid

Sesetengah sekolah tidak dapat import murid ke dalam sistem SAPS. Murid baru yang mendaftar ke sekolah perlu diimport masuk  ke dalam SAPS. Sebenarnya murid tidak boleh diimport secara pukal kerana telah ditutup oleh sistem. Guru perlu import murid secara individu bagi murid yang terlibat.

Kesimpulan

Guru perlu bersabar dalam mengisi SAPS ini. Sistem SAPS masih tidak stabil. Guru-guru perlu sentiasa mencuba. Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia pula perlu mengkaji masalah yang telah diadukan oleh guru-guru. Jangan sampai guru bertambah stress dengan masalah ini. Bagi guru yang mengajar banyak mata pelajaran akan menjadi stress kerana masalah memasukkan markah ini.