BM ENG

Astro Awani

BERITA  |  POLITIK

Tandatangan petisyen bebas Anwar, langkah Tun Mahathir 'cuci dosa' - TPM

Diterbitkan pada Mei 21, 2017 22:11 MYT

Tandatangan petisyen bebas Anwar, langkah Tun Mahathir 'cuci dosa' - TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai yang menganggap bekas perdana menteri itu 'menganiaya' timbalannya ketika beliau berkuasa.

 Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani petisyen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ipahim dilihat sebagai satu langkah "mencuci dosa" yang dilakukannya.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai yang menganggap bekas perdana menteri itu 'menganiaya' timbalannya ketika beliau berkuasa."Kini apabila beliau berada di luar kekuasaan dan pembasuhan dosa ini mahu dilakukan, maka beliau mengambil langkah untuk tandatangan petisyen berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, menandatangani petisyen itu ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-12 di sini pada Sabtu, bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Ahmad Zahid berkata petisyen tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan merupakan saluran yang tepat."Kita mengetahui bahawa satu surat rayuan telah dikemukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Anwar memohon supaya Lembaga Pengampunan memberikan pengampunan kepada Anwar."Mungkin cara itu lebih diterima kerana yang boleh menentukan seseorang itu dilepaskan ialah melalui Lembaga Pengampunan," katanya.Ahmad Zahid berkata kerajaan menyerahkan kepada Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan.Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat.Turut hadir pada majlis hari ini, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.