Guru Penolong / Guru Akademik Diarah Bertugas Di Pejabat Sekolah Semasa Cuti Penggal

Surat ini disiarkan oleh NUTP/ KPPK mengenai isu guru penolong diarahkan oleh guru besar untuk bertugas di pejabat sekolah pada cuti sekolah.

Apakah pandangan guru semua ?adakah ini musnasabah... Sesiapa yang tidak setuju bolehlah menghubungi talian online KPPK ...

Persoalannya, perlukah ataupun wajibkan guru bertugas semasa cuti???Bagi menjawab persoalan ini, para guru boleh rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1977. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 :Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah

Guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun. Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara/kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah.