Cara Login ke SAPS, APDM dan Mana-mana Website KPM yang lain ini adalah sebenarnya sangat mudah. Namun seperti yang kita tahu ramai guru-guru yang mengalami masalah kerana secara asasnya ianya seperti di halang akses kesana.

Susulan dengan masalah Ransomware Wannacry yang tengah hangat diperkatakan ini maka ada pula yang kaitkan ianya adalah hasil serangan tersebut kepada website kerajaan. Namun sebenarnya ianya bukanlah masalah tersebut. Ianya adalah kerana certificate security website yang telah tamat tempoh lebih kurang 4 hari lepas iaitu 16/5/2017 lalu.

Jadi bagaimana cara untuk login ke semua website KPM?

Langkah-langkah Login ke SAPS, APDM dan Website KPM Lain Login ke laman web yang dikehendaki seperti biasa. Contohnya admin ambil website SAPS. Cari Login SAPS. Tekan login. Anda akan dibawa ke windows seperti dibawah.

Login ke SAPS masalah connection is not private Security Certificate Problems

Login ke SAPS masalah connection is not private Security Certificate Problems

Seperti diatas, anda akan alami masalah ini. Ini bukan masalah serangan dari Ransomware Wannacry. Tetapi ramai yang salah faham. Sebenarnya apa yang perlu anda lakukan ialah anda hanya perlu benarkan security certificate ini sahaja. Caranya tekan butang “ADVANCED“.

3. Masalah Security Certificated Expired.

Login ke SAPS masalah connection is not private Security Certificate Problems

Login ke SAPS masalah connection is not private Security Certificate Problems

Seperti yang dilihat selepas tekan butang ADVANCED barulah kita tahu masalah sebenarnya ialah security certificate yang sudah expired bermula 16/4/2017 yang lalu. Ianya menyebabkan Web Browser meletakkan website-website ini dalam keadaan merbahaya kepada pengguna kerana certificate mereka sudah tamat tempoh. Hal itu sahaja sebenarnya.

4. Klik pada “Proceed to SAPSNKRA.MOE.GOV.MY dan selesai masalah anda.

Login ke SAPS masalah connection is not private Security Certificate Problems

Login ke SAPS masalah connection is not private Security Certificate Problems

Selepas sahaja anda klik pada bahagian yang dinyatakan. Maka anda akan di bawa terus ke laman web yang anda ingin masuki seperti SAPS, APDM dan website lain. Selepas ini tiada lagi masalah kerana setting ini biasanya akan disimpan secara automatik.